Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadith daripada Qutaibah bin Sa'id daripada Hatim bin Ismail daripada al-Ja'd bin Abd al-Rahman beliau mendengar al-Sa'ib bin Yazid berkata
Aku dan ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah SAW. Ibu saudaraku berkata, Ya Rasulallah, anak saudaraku sakit. Maka Rasulullah memegang kepalaku, dan mendoakan kepadaku keberkatan, kemudian berwudu' dan aku minum air bekas wudu' tersebut. Aku berdiri di belakang Rasulullah, dan aku melihat cop kenabian antara kedua-dua bahunya. Ianya seperti telur burung merpati.
Status hadith: Sohih. Turut diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Penjelasan
1. Antara tanda kenabian Rasulullah SAW ialah cop kenabian. Ianya terletak antara dua bahu. Menurut riwayat Muslim, cop tersebut lebih cenderung ke bahu kiri, sementara satu riwayat shaz daripada Salman menyatakan yang ianya cenderung ke bahu kanan. Cop itu timbul, dan dikelilingi dengan bulu halus menurut satu riwayat hasan yang lain.
2. Hadith ini juga menceritakan sedikit sebanyak mengenai teori rawatan Islam. Dengan sebab itulah ada antara pengamal perubatan Islam yang membuat air penawar dengan menggunakan kolam wudu' di masjid, tanpa menafikan ada juga yang menyatakan berkat bekas air wudu' ini hanya khusus untuk nabi sahaja. Dan adalah sunnah bagi pengamal perubatan Islam memulakan 'diagnos' mereka dengan kepala terlebih dahulu.
Allahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment