Semasa memproses surat khabar di Queen Mother Library pagi ini, saya melihat sisipan di dalam akhbar The Guardian mengenai mushroom. Sisipan ini mengingatkan saya kepada Us Ibrahim dan Kak Syakirah, kedua-duanya pensyarah UPSI yang pernah belajar bersama-sama di Dundee dua tahun lepas.
Mereka berdua telah menyelamatkan saya daripada terus memakan krip/sup mushroom yang biasanya saya beli di pasaraya di sini, yang rupa-rupanya mengandungi bahan terlarang. Walaupun statusnya adalah Vegetarian, tetapi rupa-rupanya krim/sup mushroom tersebut mengandungi bahan alkohol yang agak banyak dan digunakan di dalam industri minuman keras. Agak malang, saya lupa dengan nama bahan tersebut.
Baru-baru ini saya juga pernah dijamu dengan mushroom cream. Tetapi saya mengelak untuk menjamahnya.
Saya bercadang untuk menyiasat adakah kandungan alkoholik tersebut masih digunakan sekarang.
Tetapi perlu juga diingatkan yang Majlis Fatwa Kebangsaan pernah membenarkan penggunaan alkohol di dalam minuman sebagai agen penstabil.
Allahua'lam bissowab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment