Wednesday, September 05, 2007

Uban Rasulullah

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Kuraib Muhammad bin al-Ala' daripada Mu'awiyah bin Hisham daripada Shaiban daripada Abi Ishak daripada 'Ikrimah daripada Ibn Abbas, beliau berkata:

Abu Bakar berkata kepada Rasulullah, Ya Rasulallah, aku telah beruban. Rasulullah menjawab, aku (juga beruban) kerana (surah) Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, Amma Yatasa'alun dan wa Iza al-shamsu Kuwwirat.

Status hadith: sohih.

Penjelasan:

1. Dengan merujuk kepada hadith-hadith yang lain, Rasulullah mempunyai tidak lebih daripada 20 uban. Kadang-kadang apabila Rasulullah memakai minyak rambut, uban-uban tersebut tidak kelihatan kerana jumlahya yang sedikit. Uban baginda berwarna sedikit kemerahan.

2. Rasulullah beruban kerana terlalu takut membaca ayat-ayat hari qiyamat, azab dan ancaman yang terkandung di dalam surah-surah di atas. Justeru, adalah digalakkan bagi kita untuk membaca surah2 di atas untuk membangitkan rasa keinsafan, seterusnya menyuburkan lagi taqwa kepada Allah, sama ada dengan membaca mashaf, atau membacanya semasa solat (terutamanya solat malam).

3. Ulama' turut menyatakan sebab lain mengapa Rasulullah beruban, iaitu kerana terlalu memikirkan nasib umatnya.

Allahua'lam

No comments: