Saturday, September 01, 2007

Sunnah orang berjuang....

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru, milis masyarakat Melayu di sini agak panas. Panas dengan entri daripada seorang ahli Persatuan Melayu Aberdeen yang enggan identitinya dikenali yang lain. Panas kerana ketika cuba memberikan pandangan berbeza, melontarkan idea 'kritikal dan analitikal' (kononnya), mengajak orang Melayu berubah, tapi terlupa dengan adab dan akhlak. Hampir kesemua (of course kecuali 2 3 orang yang rapat dengan dia) yang menjadi ahli milis tersebut tidak senang dengan tindakan hamba Allah ini, apatah lagi ketika serangan dan labelan peribadi mula dilancarkan dengan nada provokatif.

Saya sendiri dengan mudah dilabel sebagai orang yang berfikiran sempit (just kerana berseloroh menyatakan "bab makan, tiada siapa yang dapat menghalang), enggan menerima idea orang lain, tidak tenang, seolah-olah tidak beriman dan macam-macam tuduhan yang lain.

Aduhai Melayu, kalau iya pun nak mewujudkan masyarakat yang 'terbuka', jagalah adab, dan janganlah serang peribadi. Ketika lantang menyeru supaya Melayu perlu tidak emosi dan sensitif menerima kritikan orang lain, buktikanlah yang anda juga boleh berbuat demikian.

Memang benar dengan orang British, saya tiada masalah untuk menyatakan 'awak silap', bahkan dengan orang tua pun mereka tidak akan terasa, syaratnya ialah kena diperjelaskan mengapa saya kata mereka silap. Amat berbeza dengan orang Melayu, kalau nak kata silap, kena berlapik.

Tapi perlu ke kita tiru mat saleh 100%, sampai lupa adab dan akhlak Islam ? Janganlah kerana mesej tak sampai, yang dipersalahkan ialah adab dan akhlak.

BTW, saya tidaklah melayan sangat entri brother berkenaan. Nak melayan artikel sesawang (atau sesampah barangkali), nanti takut jadi bebudak la pulak. Cuma dua kali sahaja saya memberikan respon di dalam milis berkenaan, itu pun untuk memberi penjelasan. Tapi hanya beberapa minit selepas saya tekan button send, saya dapat sms dari dia. Daripada SMS itulah baru saya kenal siapa sebenarnya brother berkenaan yang sebelum ini tidak mahu memperkenalkan diri. Dah pulak tu, saya dituduh 'buat-buat tak tau siapa dia' dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang lain. So lepas ni, tak perlulah berlagak seperti pendita, menyeru Melayu menjadi Melayu baru.

Apa yang pasti, saya tiada masalah personal dengan dia. Walaupun beberapa kali saya cuba ajak ke rumah, tapi beliau mengelak, saya sentiasa berhusnuzzon yang beliau sibuk dan ada prioriti lain, walaupun beliau rupanya adalah jiran terdekat saya di sini ! Kadang-kadang ada juga syaitan cuba cucuk saya apabila beberapa kali saya bagi salam ketika berjumpa tapi tidak dijawab, bahkan dibalas dengan muka masam, tapi saya sekali lagi cuba untuk berhusnuzzon, mungkin dia tidak nampak, atau mungkin isterinya agak wara' tidak boleh memandang dan menjawab salam saya.

Ramai (I really mean it, ramai) pula yang hantar sms dan email peribadi sokong tindakan saya. Saya tak mengharapkan itu semua pun. Ada juga yang minta saya blok dia daripada milis, tapi saya bukan moderator, tiada autoriti untuk buat demikian. Kalau saya moderator sekalipun saya tidak akan berbuat demikian. Kita patut beri peluang semua untuk bercakap, dan dalam masa yang sama perlu didik mereka supaya bertanggungjawab dengan apa yang mereka cakap. Saya kesian juga kepada brother berkenaan, kerana tindakannya itu telah merugikan diri sendiri. Namanya juga telah jadi ikon (negatif) dan perbualan ramai. Saya harapkan perkara ini tidak berlarutan sampai ke bila. Dan saya yakin yang masih ada ruang untuk saya berdakwah dan berukhuwah dengan beliau, begitu juga masyarakat Melayu lain di sini dengan beliau.

Saya masih tercari-cari apakah manfaat beliau menghantar email-email panas di dalam milis kami.

Pun demikian, mengenai serangan peribadi beliau kepada saya, inilah sunnah dalam berjuang.....

Dan lepas2 ni lebih baik saya diam. Sabda Nabi:

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka berkata baik atau diam.