Tuesday, September 11, 2007

Cara nabi berpakaian #3....

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ahmad bin Mani' daripada Yahya bin Zakaria bin Abi Zaidah, daripada Abi (sic) daripada Mus'ab bin Shaibah daripada Sofiyyah binti Shaibah, katanya Aishah berkata:

Suatu ketika Rasulullah keluar pada waktu pagi dengan memakai baju bulu, diperbuat daripada bulu lembu hitam.

Status hadith: sohih

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Yusuf bin Isa daripada Waki' daripada Yunus bin Abi Ishaq daripada bapanya, daripada Al-Sha'bi daripada 'Urwah bin al-Mughirah bin Sha'bah, daripada bapanya, katanya,

Sesungguhnya nabi memakai jubah (yang diperbuat dari) Rom. Lengan kedua-dua baju itu disempitkan (sama ada dikancing hujung lengan, atau sepanjang lengannya adalah sempit)

Status hadith: sohih

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Penjelasan

1. Hadith-hadith di atas menceritakan mengenai kepelbagaian pakaian Rasulullah. Sekiranya kita berniat untuk meniru Rasulullah kerana cinta pada baginda, maka insyaAllah akan diganjari dengan pahala seperti yang diperjelaskan melalui tindakan Saidina Ali yang suka meniru perbuatan Rasulullah walaupun dalam perkara yang tidak boleh diperjelaskan dengan mudah oleh akal manusia (hadith mengenainya akan menyusul kemudian)

2. Jubah adalah perkataan bahasa Arab (baca: jubbah). Ada kalanya perkataan qomis (BM: baju) turut digunakan, dan ianya merujuk kepada maksud jubah itu sendiri. Akan tetapi, orang Arab sekarang lebih gemar menggunakan perkata al-thoub (eja: tha' wau ba') merujuk kepada jubah.

3. Rasulullah diriwayatkan memakai pakaian berwarna putih, merah hati, hijau dan hitam.

4. Ada kalanya lengan Rasulullah luas tidak dikancing (ini adalah pilihan ulamak silam, terutamanya ahli tasauf, ie melebarkan hujung lengan jubah), dan ada kalanya di kancing hujung bajunya. Hadith terakhir di atas adalah merujuk kepada pakaian Rasulullah semasa peperangan Tabuk. Untuk memudahkan pergerakan, maka dikancing lengan baju baginda.

5. Dalam riwayat yang agak dho'if, digambarkan yang Rasulullah sentiasa memakai jubah lengan panjang.

1 comment:

Anonymous said...

Ramadhan karim. Mungkin tuan boleh kongsikan adab/sunnah Rasul sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan.